Bukti Tuhan Itu Satu
BUKTI TUHAN ITU SATU
(TUNGGAL)
Tuhan itu satu dengan makna tiada suatu yang lain yang sebanding
denganNya. Bermaksud tidak ada Tuhan lain yang memiliki sifat-sifat ketuhanan antaranya
seperti;
· Maha Berkuasa melakukan apa yang
dimahukan seperti mencipta dan meniadakan,
· Tidak lemah dan tidak berhajat kepada
sesuatu yang lain,
· Memiliki sifat-sifat ketuhanan yang
lain seperti wujud, qidam (ada tanpa permulaan), kekal, wujud dengan sendiri,
berlainan dari segala perkara yang baru dan sifat-sifat lain yang ada dalam
sifat 20.
Adapun sembahan-sembahan yang disembah oleh orang kafir, seperti
berhala, dewa-dewa, Jesus dan lain-lain tidak dianggap tuhan kerana tidak
memiliki sifat-sifat ketuhanan.
Maknanya sekarang kita nak menafikan ada dua Allah. Atau ada suatu
Zat yang lain yang sama sifat seperti Allah.
Bukti tuhan itu satu ialah:
{Sekiranya ada dua tuhan atau lebih nescaya tidak akan ada alam
ini.}
[Oleh kerana alam ini ada maka ternafilah ada lebih dari satu
tuhan.]
Soalan: Kenapa bila ada dua tuhan atau lebih nescaya tidak akan
ada alam ini?
Jawapan: Jika ada berbilang tuhan, misalnya ada dua tuhan, maka
akan berlaku salah satu antara dua situasi iaitu:
1) Berpakat
2) Bersengketa/ bergaduh
Kedua-dua ini melazimkan lemah tuhan dan tidak wujud alam.
Sekarang kita andaikan ada dua tuhan, Tuhan 1 dan Tuhan 2. Manakala
‘A’ dan ‘B’ mewakili ciptaan. Kedua-dua tuhan tidak boleh elak daripada dua
situasi samaada berpakat atau bersengketa.
i) Situasi berpakat pertama:
ii) Situasi berpakat kedua:
iii) Situasi berpakat ketiga:
I) Situasi bersengketa pertama:
II) Situasi bersengketa kedua:
Dalil Tuhan itu satu daripada
al-Qur’an
Banyak ayat al-Quran
yang memberitahu Ketunggalan Tuhan seperti surah al-Ikhlas dan lain-lain. Cuma
di sini hanya dibawakan dua ayat yang Allah sendiri mengajak manusia berfikir
kenapa pasti tuhan itu satu.
Wallahu A’lam.
sumber: Kitab Syarh Tuhfatul Murid 'Ala Jauharah al-Tawhid







Comments
Post a Comment